Pengesahan Menteri Pendidikan Malaysia mengenai status undang-undang kedudukan SJKC & SJKT sangat dialu-alukan

Kenyataan: Pengesahan Menteri Pendidikan Malaysia mengenai status undang-undang kedudukan SJKC & SJKT sangat dialu-alukan.
 
Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC), Datuk Eddie Heng Hong Chai mengalu-alukan kenyataan umum Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek bahawa SJKC & SJKT dilindungi oleh Akta Pendidikan dan tidak ada isu yang menyalahi perlembagaan. Sebagai Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bersedia memberi jaminan secara terbuka bahawa Kementerian Pendidikan akan memastikan pembangunan adil kepada SJKC & SJKT mengikut Akta Pendidikan apabila beliau ditemu bual oleh media. Datuk Eddie memuji pandangan dan pendekatan pencerahan menteri tersebut.
 
Datuk Eddie menegaskan bahawa pada masa lalu, SJKC & SJKT telah menjadi sasaran oleh beberapa ahli politik dan pelampau kaum yang berniat niat jahat bahawa SJKC & SJKT serta pendidikan bahasa ibunda telah ditohmah sebagai menjadi sebab utama dalam menghalang perpaduan negara. Dalam ucapannya, YB Fadhlina Sidek dengan jelas menegaskan bahawa SJKC & SJKT adalah sebahagian daripada sistem pendidikan negara dan tidak memecahbelahkan rakyat. Ini adalah serangan balas yang tegas terhadap ahli politik dan puak pelampau yang mempunyai agenda tersembunyi.
 
Datuk Eddie juga menegaskan bahawa beberapa pertubuhan NGO telah memfailkan saman di mahkamah terhadap SJKC & SJKT kerana kononnya melanggar perlembagaan. Dalam perbicaraan Mahkamah Rayuan yang baru selesai, hakim mengisytiharkan bahawa plaintif kalah dalam kes itu dan pewujudan SJKC & SJKT adalah tidak bertentangan dengan perlembagaan. Plaintif kini telah merayu kes itu ke Mahkamah Persekutuan. Wakil peguam dari persatuan Cina dan pelbagai organisasi pendidikan Cina-India yang mengambil bahagian juga telah mengadakan mesyuarat pada 26 Januari untuk membincangkan langkah balas seterusnya.
 
Kementerian Pendidikan adalah responden utama dalam kes itu. Menteri Pendidikan jelas menyatakan keyakinannya tentang keputusan masa depan kes itu dan pendirian tegasnya dalam menjaga status perlembagaan berkenaan pendidikan vernakular. Ini sudah pasti akan menjadikan pendidikan vernakular masyarakat Cina dan India kekal seperti dalam perlembagaan.
 
Datuk Eddie memaklumkan bahawa YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan SJKC juga telah menjadi pilihan ramai ibu bapa bukan Cina. Ini menunjukkan bahawa kualiti pendidikan SJKC diiktiraf oleh kaum lain. Mereka juga memahami dengan jelas pentingnya anak-anak mereka menguasai bahasa Cina. Datuk Eddie percaya bahawa selain mempromosikan pendidikan bahasa ibunda, pendidikan sekolah rendah Cina juga memikul tanggungjawab menyediakan pendidikan Cina. Melalui pendidikan Cina, kanak-kanak daripada kumpulan etnik lain boleh lebih memahami budaya Cina dan konotasinya disamping memainkan peranan penting dalam membina persefahaman bersama dan keharmonian kaum.
 
Datuk Eddie juga menegaskan bahawa selain mempromosikan pendidikan bahasa Cina di sekolah rendah dan menengah Cina, Majlis Bahasa Cina Malaysia juga terlibat dalam Bengkel Pembinaan Bahan PDP, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Mata Pelajaran Bahasa Cina, Bengkel Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Bahasa Cina SPM, Program membaca SJKC, dsb. Pada masa yang sama, Majlis Bahasa Cina Malaysia juga mempromosikan program untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di SJKC dan SJKT. Program ini telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dan beliau telah memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada MCLC. Pada masa ini, Majlis Bahasa Cina Malaysia telah menganjurkan program untuk meningkatkan tahap bahasa Melayu di SJKC dan SJKT di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan wilayah lain. MCLC akan terus melaksanakan program seumpama ini di negeri-negeri lain pada tahun ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
 
Datuk Eddie menarik perhatian bahawa menurut data, sebelum 2023, kira-kira 12-14% daripada murid Tahun 6 SJKC perlu menghadiri kelas peralihan sekolah menengah kerana mereka gagal dalam Bahasa Malaysia. Bagi murid pada tahun 2023 pula, sebanyak 25% daripada mereka perlu menghadiri kelas peralihan kerana tidak lulus Bahasa Melayu. Ini adalah peningkatan dua kali ganda. Walaupun sebilangan kecil murid dibenarkan memasuki Tingkatan 1 selepas rayuan dan lulus peperiksaan Bahasa Malaysia, namun peratus kemerosotan keseluruhan masih jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
 
Datuk Eddie percaya bahawa kebolehan murid sekolah rendah Cina menguasai Bahasa Melayu adalah penentu penting dalam keupayaan mereka mengikuti pembelajaran mereka di sekolah menengah. Oleh itu, masyarakat Cina hendaklah memberi perhatian kepada aspek ini dan membantu murid sekolah rendah Cina menguasai Bahasa Malaysia.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia amat mementingkan rancangan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah Cina. Kementerian Pendidikan juga telah mengarahkan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk bekerjasama.
 
Datuk Eddie berharap dengan pengesahan Menteri Pendidikan tentang status sekolah rendah Cina dan Tamil ini, suara-suara sumbang yang menentang dan mencetuskan isu pendidikan bahasa ibunda dapat dihapuskan. MCLC juga berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menyelesaikan masalah kritikal kekurangan guru yang dihadapi oleh sekolah rendah Cina dan Tamil dengan secepat mungkin. Hal ini adalah kerana SJKC dan SJKT adalah sebahagian daripada sistem pendidikan negara yang telah diperlembagakan.