Pada hari ini, Pn. Hajah Zainon; Pegawai Pendidikan Daerah Sentul menghubungi Pengerusi Malaysia Chinese Language Council Datuk Eddie Heng bersama-sama dengan AJK Datuk Tan Keng Chok, Mantan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek daripada DPKL, diiringi oleh En. Abdul Azahar iaitu Guru Besar SK Sentul Utama untuk meninjau sekolah tersebut.
Sekolah tersebut selalu mengalami banjir semasa hujan lebat. Belakangan ini sekolah tersebut sering dibanjiri air sehingga paras lutut. Malah setiap kali hujan juga akan menyebabkan Bilik darjah Pendidikan Khas, padang sekolah dan Makmal Sains SK Sentul juga turut dimasaki air. SMK Sentul Utama pula tidak dibanjiri kerana topografi di sekolah tersebut lebih tinggi. Pn. Hajah Zainon telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, namun sehingga hari tiada Tindakan yang diambil.
Datuk Eddie Heng bersama-sama dengan pihak DBKL serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sentul, iaitu Cik Hanifah melawat sekolah tersebut untuk mencari jalan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang.
Untuk penyelesaian jangka pendek, pihak DBKL akan menghantar pekerja membersihkan longkang-longkang di luar kawasan sekolah tersebut, agar pengaliran air longkang lebih lancar. Dapatan pemantauan menunjukkan paip longkang yang mengalir daripada SK Sentul Utama ke SMK Sentul Utama hanya 6” sahaja. Pihak DBKL akan memutuskan saiz paip yang akan dibesarkan.
Penyelesaian jangka panjang pula, DBKL telah melantik syarikat untuk mengkaji tentang cadangan membina kawasan tadahan air di Sungai Untut. En. Lokman Lazim Timbalan Pengarah, Jabatan Kejuruteraan Awam & Saliran daripada DBKL memohon konsultan yang telah dilantik agar isu banjir di SK Sentul Utama juga dimasukkan dalam kajian mereka. Lain-lain penyelesaian termasuklah membina pam air, membina OSD On site detention pond, dan juga membesarkan longkang di kawasan tersebut.
Malaysia Chinese Language Council akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.