Pada 25 Julai 2023 hari Selasa, Majlis Bahasa Cina Malaysia (MBCM) bersama-sama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diiringi oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Klang telah mengadakan lawatan tapak di Pulau Ketam. Tujuan lawatan ini juga untuk berbincang berkenaan Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam kalangan penduduk di Pulau Ketam.
Dalam perbincangan bersama-sama DBP dan BPK, pelbagai aktiviti berbentuk didik hibur termasuk membaca berita, pantas eja, bina kata, pertandingan nyanyian dan sebagainya.
Sasaran aktiviti ini ialah murid-murid dari tiga buah sekolah SJKC dan sebuah sekolah menengah serta penduduk-penduduk di Pulau Ketam.
Aktiviti ini dijangka berlangsung selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 September hari Jumaat dan Sabtu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Heng Mok Tuang Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Hwa Lien yang juga AJK Majlis Bahasa Cina Malaysia menyediakan bot laju untuk lawatan ini. Terima kasih juga kepada En Heng Naib Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Hwa Lien yang menyediakan sarapan dan makanan tengah hari untuk rombongan ini.
Rombongan ini turut disertai oleh Datuk Eddie Heng, Pengerusi MBCM, En. Lim Yock Chong Naib Pengerusi MBCM, Puan Chin Fong Phin, Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Puan Haziah dan Puan Azlin pegawai dari DBP, Puan Beh Siok Kun Penyelia Sekolah Cina Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Mohd Rosle Said dan Encik Daniel, Pegawai dari PPD Klang serta Pengetua sekolah SMK Pulau Ketam Encik Nizam, Puan Heng, Pengerusi PIBG Sekolah SMK Pulau Ketam, Guru Besar SJKC Keng Chee, En. Ong, Penolong Kanan SJKC Hwa Lien Puan Cheah, Cikgu Nurul Fatin, serta ajk-ajk MBCM En. Yap Tze Kien, Dato Thong Young Koon, En. Loo Chee Khooy, Puan Sydney Mak, Dato Wong Huat, Datuk Lau See Mang dan En. Fan Tiong Sing.