Pada hari Khamis 7 Disember 2023, Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) telah menjemput wakil dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Pejabat Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) dan Tamil Foundation Malaysia (TFM) untuk Mesyuarat Penyelarasan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Siri Ke 2.
Puan Wan Asiyah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memberikan pelaporan terperinci pelaksanaan Siri ke 2 program ini yang merangkumi kandungan dan mod pelaksanaan bengkel kepada semua hadirin. Para pegawai dari setiap organisasi telah memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap keberkesanan program ini dan juga menyatakan sokongan sepenuhnya untuk melaksanakan Siri ke 2 program ini yang diterajui oleh MCLC. Selepas perbincangan, siri ke 2 program ini akan diadakan pada 29 dan 30 Januari 2024 (Isnin dan Selasa). Para peserta program adalah guru-guru Bahasa Melayu dari 97 buah sekolah di JPWPKL serta dua daerah dari JPN Selangor.
Pengisian program ini akan dijalankan melalui kaedah persediaan kolektif.
Mesyuarat tamat pada jam 4:30 petang.
Peserta mesyuarat mengikut pecahan organisasi adalah seperti berikut:
a. Dewan Bahasa dan Pustaka – Puan Haziah dan Puan Azlin.
b. Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Puan Wan Asiyah, Puan Syarifah, Puan Janagi, Encik Wan Shaifullah dan Encik Lai Kok Juin.
c. Pejabat Pendidikan Negeri Selangor – Puan Nurul Ayuni dan Encik Senggutuan.
d. Tamil Foundation Malaysia – Encik Supramaniam dan Encik Saravanakumar.
e. PPD Bangsar Pudu – Puan Nor Halina.
f. Exco MCLC – Pengerusi: Datuk Eddie Heng, Timbalan Pengerusi: Encik Phun Teck Seng, Naib Pengerusi: Encik Lim Yoke Chong dan Pengurus Projek: Encik Tiong Giong Hock.