Barisan pegawai dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM) yang diketuai oleh Puan Anis Alisya Binti Abdullah, Timbalan Rektor Kanan, Pusat Kecemerlangan Akademik telah menghadiri mesyuarat penyelenggaran rakan strategik antara IPGM dan Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) di bilik mesyuarat HGH pada 26hb Julai 2024.
Kedatangan wakil-wakil dari IPGM telah disambut mesra oleh ahli-ahli jawatankuasa MCLC yang diketuai oleh Pengerusi, Datuk Eddie Heng.
Mesyuarat kali ini adalah susulan daripada kunjung hormat dan sesi perbincangan antara IPGM dan MCLC pada 5hb Julai 2024 yang telah diisytiharkan oleh Rektor IPGM Dr. Mohd Azam bin Ahmad.
Dalam mesyuarat penyelenggaran ini, pihak IPGM dan MCLC telah mencapai persefahaman bahawa IPGM akan memberi sokongan sepenuhnya kepada MCLC untuk menjayakan program pemerkasaan Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT, di mana IPGM akan:-
i) hantar rombongan pensyarah (lebih kurang 22 orang) untuk membuat penilaian dan memberi ulasan atas persediaan / perancangan pengajar semasa Kursus Peningkatan pedagogi guru Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT yang akan dilancarkan pada 8/10/2024-9/10/2024; dan
ii) hantar barisan pensyarah-pensyarah professional / fasilitator untuk “Program Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah bahasa kedua” yang dijangka akan bermula dalam masa yang terdekat. (Fasa 1)
Mesyurat bersurai pada lebih kurang 12 tengah hari.