Mesyuarat Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC & SJKT Tahun 2023 kali ke dua telah diadakan semalam, pada 26.05.2023 di bilik mesyuarat Majlis Bahasa Cina Malaysia (“MCLC”).
Ahli-ahli jawatankuasa telah melaporkan perkembangan tugasan masing-masing dalam mesyuarat kali ini. Kesemua pihak telah memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan program ini.
Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa pemantauan selanjutnya selepas program sangat penting untuk mengenalpasti keberkesanan dan kelestarian program.
Pihak MCLC akan menanggung kos dewan, cenderahati dan segala makanan dan minuman sepanjang program yang akan berlangsung selama dua hari tersebut.
Program pada kali ini melibatkan lebih kurang 200 orang peserta yang terdiri daripada Guru Panitia BM dan seorang guru BM Tahap 1 dari 97 buah Sekolah Jenis Kebangsaan di Kuala Lumpur. Dua daerah dari Selangor iaitu daerah Petaling Utama dan daerah Petaling Perdana turut dijemput menyertai program ini. Selain itu, SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah juga dijemput untuk menyertai program tersebut.
Guru-guru besar dari 97 buah SJK akan dijemput untuk menghadiri upacara penutup program yang diadakan pada 16.02.2023 ini.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan Puan Fadhlina binti Sidek yang akan merasmikan upacara penutupan program pada hari tersebut.
Datuk Eddie Heng selaku pengerusi MCLC telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kanan BPK Puan Nooraini Kamaruddin. Turut hadir Dr. Mazlan bin Ismail dan Puan Chin Fong Phin dari BPK, Mantan Pengarah BSTP Puan Maznah, barisan pegawai dari JPWPKL yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Puan Radzita dan Encik Aziz, Ketua Penolong Pengarah Puan Wan, Penolong Pengarah Encik Wan dan Encik Tiew Teck Chuan, barisan pegawai dari JPN Selangor Puan Noor Azura binti Mohd. Hanapi dan Puan Beh Siok Kun. Timbalan Pegawai PPD Daerah Bangsar/Pudu Puan Noorhana binti Hashim, Timbalan Pegawai PPD Daerah Keramat Puan Nur Asiah binti Che Lah, Encik Ellan Govan.R mewakili PPD Sentul, Dr. Akma binti Abd Hamid dari Institut Aminuddin Baki, Encik Dawi dari IE JOSU Consultant, Encik Supramaniam dari Tamil Foundation Malaysia, Puan Koek Chu Hiang (Pengetua MBS), Puan Choong Yoke Chin (Guru Besar SJKC Sentul), Dr Charanjit dari UTAR, Timbalan Pengerusi MCLC Encik Phun Teck Seng dan Encik Lim Yoke Chong serta AJK MCLC yang terdiri daripada Dato Wong Huat, Puan Kow Soy Soy, Puan Sydney Mak, Puan Wee Tang Kiok dan Puan Rachel Ong.