Mesyuarat Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC & SJKT kali ketiga telah diadakan di bilik mesyuarat MCLC pada pukul 9.30 pagi tadi.
Ahli-ahli jawatankuasa telah melaporkan perkembangan tugasan masing-masing.
Menurut laporan AJK, surat jemputan telah disampaikan kepada guru besar-guru besar dan guru-guru berkenaan dari 97 buah SJKC dan SJKT.
Tarikh program akan dipinda ke 14.06.2023 (Rabu)-15.06.2023 (Khamis) supaya selaras dengan jadual YB Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Binti Sidek. YB Menteri akan merasmikan upacara penutupan program.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan pameran buku-buku dan bahan bahan rujukan semasa Program ini dilanjutkan. Pihak BSTP juga akan menyediakan bahan-bahan rujukan digital. Pengerusi maklumkan bahawa AJK MCLC, iaitu Datuk Gan dari Kawan Food Berhad akan menyumbangkan 350 buah cenderahati kepada hadirin.
Datuk Eddie Heng selaku pengerusi MCLC telah mempengerusikan mesyuarat tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kanan Mantan Pengarah BSTP Puan Maznah, barisan pegawai dari JPWPKL yang terdiri daripada Encik Aziz, Encik Syamsul, Puan Syarifah Aini, Puan Rajeswari a/p karuppiah, barisan pegawai dari JPN Selangor Puan Noor Azura binti Mohd. Hanapi dan Puan Beh Siok Kun, Encik Sengutuan a/l Veeran, PPD Daerah Bangsar/Pudu Puan Nor Halina Binti Abdul Razak, PPD Daerah Keramat Puan Haslinah binti Farid Wajidi, Encik Ellan Govan.R mewakili PPD Sentul, PPD Petaling Utama yang diwakilik oleh Encik Alex Leong Jun Wei, Encik Dawi dari IE JOSU Consultant, Encik Supramaniam dan Encik Selvajothi Ramalinggam dari Tamil Foundation Malaysia, Puan Koek Chu Hiang (Pengetua MBS), Puan Choong Yoke Chin (Guru Besar SJKC Sentul), Dr Charanjit dari UTAR, Timbalan Pengerusi MCLC Encik Phun Teck Seng serta AJK MCLC yang terdiri daripada Dato Wong Huat, Puan Kow Soy Soy, Puan Wee Tang Kiok, Puan Ong Sew Chen dan Puan Rachel Ong.