Mesyuarat Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC & SJKT

Lanjutan daripada hasil perjumpaan Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia (“MCLC”) dengan YB Menteri Pendidikan Puan Fadhlina Sidek sebelum ini, di mana kedua-dua pihak adalah sehala dalam usaha meningkatkan taraf penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar, MCLC telah menganjurkan mesyuarat PROGRAM PEMERKASAAN BAHASA MELAYU SJKC & SJKT Tahun 2023 pada 19/05/2023.
 
Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Puan Nazira (Pegawai pejabat YB Menteri Pendidikan), Dr. Azizul bin Haji Ismail (Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa-Dewan Bahasa dan Pustaka), Dr. Mazlan Bin Ismail (Ketua Penolong Pengarah) dan Puan Chin Fong Phin (Penolong Pengarah) kedua-dua dari Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, Puan Hanisah binti Mohd Yusof dan Puan Beh Siok Kun, Dr.Selvajothi Ramalinggam dan Encik R.Supramaniam dari Tamil Foundation Malaysia, Mantan Pengarah JPWPKL Puan Maznah, IE JOSU Consultant-Encik Mohd. Dawi bin Ithnin, Tuan Ellan Govan.R (Pegawai PPD Sentul), Puan Koek Chu Hiang (Pengetua MBS), Timbalan Pengerusi MCLC Encik Phun Teck Seng dan Encik Lim Yock Chong, AJK MCLC Dato Wong Huat, Encik Loo Chee Khooy, Encik Fan Tiong Sing, Puan Sydney Mak, Puan Kow Soy Soy, Puan Wee Tang Kiok dan Puan Rachel Ong.
 
Mesyuarat dengan sebulat suara memutuskan bahawa Program yang akan diadakan pada 15/6/2023 dan 16/6/2023. 200 orang guru BM dari 97 buah SJKC dan SJKT di seluruh daerah WPKL, Petaling Utama dan Petaling Perdana disasar terima manfaat Program yang mendapat sokongan sepenuh dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Pengerusi MCLC, Datuk Eddie juga mengatakan dalam mesyuarat bahawa pihak penganjur berhasrat untuk melancarkan program yang sama di negeri Selangor (selain dari Daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana yang akan terlibat dalam Program bulan Jun ini).