Program Desir Bahasa

Pihak Majlis Bahasa Cina Malaysia bersama-sama ahli jawatankuasa eksekutifnya telah menghadiri Program Desir Bahasa untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelbagai kaum. Program ini diadakan di dalam koc kereta api KTM pada 25 November 2023 (Sabtu) di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
 
Program ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Jabatan Penerangan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan (BPK), Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan (BSTP), Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS), dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malayisa sepatutnya merasmikan program ini tetapi beliau tidak dapat hadir dan beliau telah diwakili oleh Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami bin Jahari, sebagai perasmikan untuk program ini.
 
Ahli jawatankuasa eksekutif Majlis Bahasa Cina Malaysia, Rachel Ong dan Sydney Mak, telah bertindak sebagai pengacara bagi majlis perasmian.
 
Tujuan utama program yang diadakan di dalam kereta api KTM ini adalah untuk menggalakkan minat pelajar dari pelbagai etnik untuk menguasai Bahasa Melayu. Seramai 285 pelajar dari 25 sekolah rendah dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, dan WP Kuala Lumpur telah turut serta dalam program ini. Antara sekolah yang terlibat termasuklah 5 buah sekolah Cina di Kuala Lumpur iaitu SJK(C) Jalan Davidson, SJK(C) Tsun Jin, SJK(C) Kuen Cheng 1, SJK(C) Wangsa Maju dan SJK(C) Chung Kwok.
 
Selepas majlis perasmian, pelajar-pelajar menaiki kereta api dan bergerak ke Stesen Sungai Gadut, Negeri Sembilan, untuk menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan.
 
Peserta-peserta yang menyertai program ini termasuk Puan Sarina binti Salim, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Mr. Supramaniam dari Tamil Foundation Malaysia, Datuk Eddie Heng sebagai Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, ahli jawatankuasa eksekutif Rachel Ong, Sydney Mak, Vivian Lee dan Mr. Tiong Giong Hock.