Jawatankuasa Bantuan kepada SJKC Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) telah melawat premis Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam (SMK Pulau Ketam) pada 25 Julai 2023 dan 12 Ogos 2023. Mereka bertemu dengan pengetua sekolah, En. Mohamed Nizam Bin Banaji, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. MD Alhusaini Bin Baharuddin dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Puan Heng. Ramai juga ahli jawatankuasa MCLC lain turut serta dalam memeriksa dan meninjau keperluan menaik taraf kemudahan sekolah.
Selepas dua pemeriksaan dijalankan, jawatankuasa mendapati bahawa peralatan sekolah itu telah rosak secara ketara disebabkan keusangan. Oleh itu, pihak sekolah berharap agar jawatankuasa dapat memberikan bantuan untuk meningkatkan kemudahan sekolah, mencipta persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif untuk guru dan pelajar.
Selepas perbincangan, jawatankuasa memutuskan untuk menaja peralatan-peralatan seperti berikut:
1)19 papan putih yang tidak beroda
2)2 papan putih mudah alih
3)14 papan kenyataan
4)1 projektor
5)2 unit penghawa dingin
6)1 gulungan tikar plastik
7)2 pencetak
8)11 papan putih grid matematik
Selain itu, jawatankuasa mendapati kekuranga ketara buku rujukan Bahasa Melayu di perpustakaan sekolah. Buku rujukan sedia ada sudah lapuk. Oleh itu, jawatankuasa mengambil inisiatif proaktif memohon sumbangan buku rujukan untuk sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan kasih diucapkan kepada penaja kewangan MCLC, Encik Law King Hui yang merupakan Pengarah Urusan Sasbadi Holdings Limited kerana berbesar hati menderma 290 naskah buku rujukan kepada sekolah.
Semua bahan sumbangan telah diserahkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam oleh Pengerusi Lembaga Sekolah Jenis SJKC Hwa Lien dan ahli jawatankuasa MCLC iaitu Encik Heng Mok Tuang, pada 9 November 2023 (Khamis).
Jumlah bantuan keseluruhan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam dalam kes ini ialah sebanyak RM41,304.60.