Sesi Libat Urus (SLU) Pegawai Pendidikan Daerah

Puan Zainon Binti Harun, Pegawai Pendidikan Daerah PPDS telah menjemput Datuk Eddie Heng, Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) untuk menghadiri Sesi Libat Urus (SLU) Pegawai Pendidikan Daerah Bersama-Sama Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Daerah Sentul Tahun 2023. SLU ini diadakan pada 20.12.2023 pukul 2.30 petang bertempat di SM Agama Kuala Lumpur.
 
SLU ini turut dihadiri oleh para guru besar dari 22 buah sekolah iaitu 16 SJKC dan 6 SJKT di daerah Sentul. SLU ini diadakan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Plan, Do, Check And Action untuk program-program intervensi yang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing. Puan Zainon berpesan kepada semua guru besar supaya tidak berlepas tangan dan sentiasa membantu murid untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu. Semua guru besar telah memberikan respon yang positif dan telah mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah penguasaan Bahasa Melayu di sekolah masing-masing.
 
Puan Zainon memberitahu bahawa MCLC yang diterajui oleh Datuk Eddie Heng selaku rakan strategik PPDS juga telah banyak membantu untuk merialisasikan hasrat ini dengan menganjurkan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC dan SJKT.