Taklimat Perlaksanaan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC and SJKT Tahun 2023 telah diadakan pada hari ini.
Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Datuk Eddie Heng, Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC). Antara yang hadir pada hari ini termasuklah Pengarah Pendidikan JPWPKL Puan Norhayati, Timbalan Pengarah JPWPKL Encik Aziz, Ketua Penolong Pengarah Puan Wan Aisyah, Penolong Pengarah Puan Hii, En. Ellan Gorvan. R mewakili PPD Sentul, Encik Supramaniam dari Tamil Foundation Malaysia, Encik Dawi dari IE JOSU Consultant, Professor UTAR Dr. Charanjit, Timbalan Pengerusi MCLC Encik Phun Teck Seng, AJK MCLC Puan Wong, Puan Kow dan Puan Wee telah bertemu untuk membincangkan Program yang akan diadakan pada 15 dan 16 Jun 2023 akan datang.
Puan Pengarah JPWPKL amat mementingkan Program yang akan dilangsungkan selama dua hari ini. Beliau menegaskan bahawa JPWPKL akan memberi sokongan yang sepenuhnya demi menjayakan Program tersebut.
Mesyuarat AJK kali kedua Program ini akan diadakan pada 26.05.2023, iaitu pada hari Jumaat minggu ini.