Pengarah JPWPKL Tuan Haji Roslan bin Abu Hassan Lawatan Kerja ke SJKC Sentul

Pengarah Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL), Tuan Haji Roslan bin Abu Hassan, telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sentul (SJKC Sentul) pada 16 Januari 2024 pada jam 9 pagi.
 
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk meninjau pencapaian pembelajaran murid dan perkembangan pengajaran digital.
 
Pengarah JPWPKL, Tuan Haji Roslan bin Abu Hassan diiringi oleh Timbalan SPS JPWPKL, Puan Razita binti Radzi, Timbalan SPMu JPWPKL, Encik Zainudin bin Mohamad dan KPPK Sains dan Matematik JPWPKL, Puan Norbani binti Baba. Turut hadir bersama adalah Pegawai Pendidikan Daerah PPDS, Puan Zainon binti Harun, Timbalan SP PPDS, Puan Zurina binti Mohamad Noh, dan Timbalan SPS PPDS, Cik Hanifah binti Mat Yusoff. Hadirin dari pihak SJKC Sentul pula adalah Datuk Eddie Heng Hong Chai, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Heng Wat Kiang, Pengerusi PIBG, Encik Phang Boon Chai, AJK Lembaga Pengurus Sekolah, Puan Choong Yoke Chin, Guru Besar dan guru-guru serta para murid yang mengalu-alukan kunjungan tersebut.
 
Persembahan gendang 24 musim SJKC Sentul membuka tirai menyambut ketibaan Pengarah JPWPKL dan pegawai-pegawai. Ini diikuti dengan persembahan taekwondo dan permainan diabolo, yang kesemuanya merupakan program-program unggulan SJKC Sentul. Pengarah JPWPKL memberikan pujian tinggi kepada prestasi murid. Beliau telah menyatakan perasaan gembira dan menzahirkan penghargaan terhadap aktiviti yang melibatkan murid dari pelbagai kumpulan etnik. Aktiviti yang dijalankan jelas mempamerkan kesatuan, kerjasama dan kepercayaan di dalam kalangan murid.
 
Tuan Haji Roslan bin Abu Hassan juga telah melawat bilik darjah Tahun Satu untuk mengamati penggunaan peralatan elektronik dalam pengajaran. Beliau memberikan penghargaan terhadap respon positif murid, pengajaran yang dinamik oleh guru, dan kagum dengan laporan projek pembelajaran Tahun Enam yang disampaikan dengan fasih dalam Bahasa Melayu oleh murid.
 
Selepas sesi lawatan, rombongan bergerak ke Bilik Mesyuarat MCLC untuk perbincangan lanjutan. MCLC serta pihak sekolah telah menyampaikan cenderahati kepada Pengarah JPWPKL. Lawatan kerja berakhir pada jam 10:30 pagi.