Bengkel Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Guru-Guru SJKC dan SJKT Siri Ke 3

Bengkel Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Guru-Guru SJKC dan SJKT Siri ke 3 adalah anjuran bersama Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dengan kerjasama rakan strategik Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), serta Tamil Foundation Malaysia (TFM) pada 29 dan 30 Januari 2024, di HGH Convention Centre.
 
Seramai 133 guru mata pelajaran Bahasa Melayu dari 42 SJKC dan 15 SJKT di Kuala Lumpur mengikuti sesi penyediaan pengajaran berasaskan modul yang dikendalikan oleh pensyarah hebat dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
 
Fokus bengkel ini adalah untuk meningkatkan keupayaan penyediaan pengajaran guru-guru supaya dapat mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih berkesan serta meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
 
Upacara perasmian penutupan bengkel selama 2 hari ini diadakan pada 30 Januari 2024, bersamaan hari Selasa pada pukul 2:30 petang. Upacara perasmian penutupan dijalankan oleh Timbalan Rektor IPGM, Dr. Yazid bin Abdul Manap yang mewakili Rektor IPGM Dr. Mohd Azam bin Ahmad. Tetamu kehormat yang hadir termasuk Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPWPKL, Encik Abdul Aziz bin Md Hashim yang mewakili Pengarah JPWPKL, Pengarah DBP Dr. Azizul bin Haji Ismail, Ketua Bahagian Kursus BPK Cik Chong Mei Yen, Timbalan Pengerusi TFM Malaysia, En. Supramaniam a/l Ramasamy, dan Pengerusi Kelab Panitia Bahasa Cina Sekolah-Sekolah WPKL, Puan Khoo Liang Pin.
 
Pengerusi menyatakan bahawa ini adalah kali pertama MCLC bekerjasama dengan IPGM untuk mengadakan bengkel meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil. MCLC turut mengundang IPGM untuk menjadi rakan strategi dan berharap untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti bersama pada masa mendatang.
 
Encik Aziz mengucapkan terima kasih kepada MCLC dan JPWPKL kerana bersama-sama menganjurkan bengkel ini. Selepas bengkel penyediaan pengajaran ini, pegawai daerah dari setiap kawasan di Kuala Lumpur akan membuat lawatan ke sekolah-sekolah untuk memantau keberkesanan pengajaran guru. Berdasarkan hasil lawatan ini, mereka akan membuat penilaian dan memperbaiki kandungan penyediaan pengajaran pada peringkat lain. Timbalan Rektor Dr. Yazid berharap agar guru-guru dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran yang mereka pelajari dalam dua hari ini ke dalam bilik darjah dan mencapai kesan pembelajaran yang positif.
 
Ahli Jawatankuasa MCLC yang hadir pada upacara penutupan termasuk Timbalan Pengerusi En. Phun Teck Seng, Naib Pengerusi En. Lim Yock Chong, Setiausaha En. Lee Sek Yui, Puan Liew Ah Ching, Puan Foong Yee Yee, Puan Loo Chee Khoon, Puan Keh Lei Hong, Puan Wong Sow Chun, Puan Wee Tang Kiok, Puan Kow Soy Soy dan Puan Rachel Ong Kay Sung.