Program Pemerkasaan Bahasa Melayu SJKC WPKL (PekaBM) yang dianjurkan oleh Majlis Bahasa Cina Malaysia (“MCLC”) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“JPWPKL”) bermula secara rasminya dengan pelancaran Sesi Libat Urus yang telah diadakan di HGH Convention Centre pada 09hb November 2022.
Puan Pengarah JPWPKL Puan Hajah Norhayati Binti Haji AB Wahab, Pengerusi MCLC Datuk Eddie Heng, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, JPWPKL Puan Wan Aisyah Binti Haris, Pegawai Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu, Daerah Sentul dan Daerah Keramat, Naib Pengerusi MCLC Encik Lim Yock Chong, Penolong Pengarah Bahasa Cina Puan Hii Siew Leng, Yang Dipertua Majlis Guru Besar SJKC WPKL Encik Lee Choo Hui, barisan Pegawai SISC+ Bidang Bahasa dari PPD Bangsar/Pudu, Sentul dan Keramat, ahli-ahli MCLC bersama dengan Guru Besar-Guru Besar dari SJKC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menyertai sesi libat urus yang amat bermakna tersebut.
Tujuan Program tersebut adalah untuk meningkatkan tahap pemerkasaan Bahasa Melayu di SJKC dan seterusnya dapat mengurangkan bilangan murid-murid di kelas peralihan sebelum masuk ke Tingkatan Satu.
Puan Pengarah yang sangat berpengalaman dalam pengendalian murid-murid peralihan telah berkongsi dengan sidang hadirin berkenaan tentang cara dan teknik beliau menarik perhatian dan memupuk minat dalam kalangan murid-murid yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu.
Selain itu, Puan Pengarah dan Pengerusi MCLC Datuk Eddie Heng juga berpendapat bahawa pihak sekolah harus menyediakan persekitaran yang sesuai dalam sekolah untuk menggalakkan murid murid bertutur dalam Bahsa Melayu.
Ini adalah kerana pertuturan bahasa hanya dapat dikuasai dengan praktik yang kerap.
Seterusnya, Ketua Penolong Pengarah Puan Wan Aisyah turut memaparkan maklumat-maklumat terperinci berkenaan dengan tahap penguasaan Bahasa Melayu di SJKC dan seterusnya kelas peralilhan.
Guru Besar-guru besar juga telah memberi maklum balas kepada JPWPKL berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah masing-masing dalam melaksanakan program penguasaan Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, Sesi Libat Urus tersebut mendapati bahawa penguasaan Bahasa Melayu terutamanya dalam pertuturan dan pendengaran Bahasa tersebut adalah hal mustahak yang perlu dikendalikan serta merta. Ini kerana ia membawa kesan kesan yan serius misalnya, (i) murid-murid hilang minat unutk belajar apa-apa subjek yang lain kerana medium pengajaran subjek lain di sekolah menengah kebangsaan adalah Bahasa Melayu; dan (ii) murid-murid hanya bergaul dengan murid-murid lain yang berkomunikasi dengan Bahasa yang sama dan ini akan memudaratkan perpaduan rakyat.
Justeru, JPWPKL dan MCLC menyeru kerjasama dan dedikasi Guru Besar-Guru Besar untuk menjayakan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu ini demi kebaikan dan masa depan murid murid.
![]()
